WUF11 | Tiga agenda dibawa pulang ke Malaysia

2022-07-01 0

Malaysia melihat tiga perkara penting hasil penyertaan negara pada World Urban Forum ke-11 (WUF11).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, paling utama, negara mahu belajar dengan negara-negara anggota UN-Habitat dan rakan-rakan berkepentingan mengenai amalan terbaik dalam pembangunan perbandaran yang lestari serta berdaya tahan.